Wednesday, October 7, 2015

TAJUK 6 : INGATAN KOMPUTER (MEMORY)

Ingatan (memori)

Ingatan (memory) adalah antara komponen utama yang penting dalam sesebuah komputer. Ingatan merupakan tempat di mana komponen menyimpan maklumat kerja-kerja (task) yang perlu dilakukan oleh komputer. Tetapi ingatan tidak menyimpan secara kekal maklumat-maklumat tadi kerana segala penyimpanan maklumat akan dilakukan oleh storan seperti cakera keras (hard disk), disket, CD dan sebagainya. 


Ingatan terdiri daripada beberapa jenis, jenama dan kelajuan.Antara jenis-jenis RAM (ingatan) ialah EDO-RAM, SD-RAM, DDR-RAM, RD-RAM. Jenis-jenis ini melambangkan kelajuan dan teknologi yang semakin canggih. EDO-RAM terdapat hanya pada komputer-komputer lama dan DDR-RAM dan DDR-RAM pula terdapat pada komputer-komputer baru. Selain itu, jenama juga memainkan peranan pada kualiti dan kestabilan sesebuah RAM. Antara jenama yang baik ialah Kingston dan Apacer. Manakala kelajuan memberikan perbezaan pada satu jenis RAM.

No comments:

Post a Comment